Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang merupakan sebuah bantuan kewangan sebanyak RM600 dari RISDA.
Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
- Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
- 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
- Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh & Cara Pembayaran
BMT akan dibayar sebanyak dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022. Setiap fasa akan melibatkan kadar sebanyak RM300 (jumlah keseluruhan RM600 bagi dua fasa).
Berkenaan dengan cara pembayarannya, ia akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat
Manakala, nombor akaun bagi Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk tujunan pembayaran bantuan.
Bagi mereka yang ingin membuat semakan kelulusan, ia boleh dibuat DI SINI.
Maklumat lebih teliti tentang BMT pula boleh dibaca DI SINI.