Permohonan Dibuka Bagi Pelbagai Jawatan di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) 2021

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) ialah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Jun 2008 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan di bawah Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 673).

Ia mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Peranan Perbadanan ialah untuk memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih cekap, bersepadu di samping memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna dari segi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan-jawatan yang ditawarkan

  1. Jurutera J41
  2. Pegawai Undang-Undang L41
  3. Pegawai Tadbir N41
  4. Pegawai Penguatkuasa KP41
  5. Juruukur Bahan J41
  6. Penolong Jurutera JA29
  7. Penolong Pegawai Tadbir N29
  8. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
  9. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
  10. Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Kelayakan Akademik

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut posisi yang dimohon

Syarat Lantikan

Syarat-Syarat Umum Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 54 tahun

Syarat-syarat khas bagi setiap jawatan yang ditawarkan seperti di pautan berikut:

  1. Syarat Lantikan Jurutera J41
  2. Syarat Lantikan Pegawai Undang-Undang L41
  3. Syarat Lantikan Pegawai Tadbir N41
  4. Syarat Lantikan Pegawai Penguatkuasa KP41
  5. Syarat Lantikan Juruukur Bahan J41
  6. Syarikat Lantikan Penolong Jurutera JA29
  7. Syarat Lantikan Penolong Pegawai Tadbir N29
  8. Syarat Lantikan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
  9. Syarat Lantikan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
  10. Syarat Lantikan Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Cara Memohon

  • Semua permohonan Secara Online sahaja di pautan disediakan ini: https://www.swcorp.gov.my/ejawatan/index.php
  • Permohonan online pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dicetak dan perlu melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan Laporan Prestasi dan Penyata Perkhidmatan masing – masing dan hanya perlu dibawa semasa temuduga sahaja.
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 April 2021.
  • Hanya permohonan yang layak selepas tapisan dan lulus peperiksaan serta disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
  • Sebarang surat menyurat mengenai rayuan tidak akan dipertimbangkan. Semua keputusan adalah muktamad.
  • Semua urusan permohonan dan temuduga adalah dibawah tanggungan pemohon.

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Related Posts