Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
BKM

Tiada lagi BKM bagi tahun 2022: Ini pula maklumat jumlah bayaran BKM untuk tahun depan

Posted on November 25, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan bagi membantu golongan yang memerlukan dan meringankan kos sara hidup serta beban rakyat berpendapatan rendah.

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran BKM Fasa 4 tahun 2022 telah pun dilaksanakan bermula pada 15 November 2022 lalu.

Ia sekaligus menjadi pembayaran BKM terakhir bagi tahun ini seperti mana yang diperuntukkan di bawah Bajet 2022.

Oleh hal demikian, berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BKM bagi tahun 2023 seperti mana yang diumumkan di bawah Bajet 2023: –

Kadar BKM 2023

Menurut kenyataan Menteri Kewangan ketika pembentangan Bajet 2023, bagi isi rumah pendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung anak lima atau lebih, mereka layak menerima BKM RM2,500.

Manakala, untuk isi rumah sehingga empat orang anak layak menerima antara RM1,000 hingga RM2,000.

Isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 pula, jumlah BKM yang layak adalah antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga: 

  • KWSP kini benarkan ahli guna Simpanan Akaun 2 melalui i-Lindung: Mohon secara online sahaja
  • Mereka berpendapatan bawah RM5,000 boleh mohon Bantuan Bil Air Percuma sampai tahun 2024

Selain itu, golongan warga emas tiada pasangan dan golongan bujang turut akan menerima BKM dengan jumlah masing-masing RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan.

Akan tetapi, Bajet 2023 masih belum diluluskan di Dewan Rakyat dan tidak dapat dipastikan sama ada akan ada Bajet 2023 yang baru akan dibentangkan.

Perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Akan tetapi, ringkasan Bajet 2023 boleh dibaca dan diteliti melalui Laman Khas Bajet Kementerian Kewangan Malaysia – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme