Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong LLM
PEMBANTU OPERASI – GRED N11
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Jadual Gaji : RM1,216 – RM2,983
- Kadar Kenaikan Tahunan : RM80
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Pengambilan jawatan kosong besar-besaran pelbagai Gred di USIM: Jadual gaji sehingga RM9,620
- Pengambilan banyak jawatan kosong di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): Gaji sehingga RM5,701
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem e-Jawatan LLM.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 13 FEBRUARI 2023 (ISNIN).
Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan memohon boleh didapati DI SINI.