Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong USIM
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
- Gaji: RM2,315 – RM9,618
- PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) JA29
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PENERBIT RANCANGAN) N29
- Gaji: RM1,499 – RM5,679
- PENGAWAL KESELAMATAN KP11
- Gaji: RM1,205 – RM2,939
- PEGAWAI SAINS C41
- Gaji: RM2,317 – RM9,620
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Memohon Jawatan USIM.
Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sejumlah RM10 melalui sistem mypayment.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 16 FEBRUARI 2023 (KHAMIS).
Maklumat rasmi kekosongan boleh dilihat DI SINI, dan permohonan secara atas talian DI SINI.