Bantuan Khas RM1000

Bantuan Khas RM1,000 mula dibayar bulan ini: Berikut senarai penerima yang bakal dikreditkan

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah melalui Bantuan Khas Kewangan sama ada di peringkat Kerajaan Negeri atau Persekutuan dengan jumlah yang telah ditetapkan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan khas ini:-

Bantuan Khas RM1,000

Bantuan Khas Kewangan telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebanyak sebanyak dua bulan setengah kepada semua anggota yang berkelayakan dan berkhidmat di pentadbiran Kerajaan Negeri.

Bantua Khas Kewangan kali pertama iaitu satu bulan gaji atau minimum RM1,000 telah pun dilaksanakan menerusi Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Aidilfitri 1443H/ 2022.

Manakala, bantuan khas kali kedua pula dibayar pada 29 Disember 2022 dengan kadar sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada mereka yang berkelayakan.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Seterusnya, bantuan khas kali ketiga sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 akan dibayar pada bulan ini (Februari 2023) bagi meringankan beban penjawat menampung persiapan persekolahan sesi 2023/2024 yang akan bermula pada pertengahan Mac.

Bantuan ini turut diberikan anggota perkhidmatan yang gajinya dibayar oleh kerajaan Persekutuan.

Pemberian bantuan khas ini adalahberdasarkan terma dan syarat anggota yang berkelayakan dalam garis panduan pemberian Bantuan Khas Kewangan yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM).

Related Posts