Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya termasuklah pelbagai jenis Bantuan Kerajaan yang dibayar pada bulan Februari ini kepada mereka yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan-bantuan yang terlibat:-
Bantuan BMT RM300
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) FELDA melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM800 kepada mereka yang berkelayakan. Bantuan ini akan dilaksanakan secara tiga fasa dengan jumlah sebanyak:
- RM300 (Fasa 1)
- RM300 (Fasa 2)
- RM200 (Fasa 3)
Pembayaran Fasa 1 telah pun selesai pada bulan Januari lalu dan pembayaran Fasa 2 pula akan dilaksanakan pada bulan Februari 2023 ini.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bantuan Khas BERNAS
Bantuan Khas Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) atau Bantuan Khas BERNAS adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan atas inisiatif sumbangan dari BERNAS.
Pembayaran bantuan sebanyak RM250 ini telah pun disalurkan kepada para pesawah padi di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang pada bulan Januari lalu.
Manakala, pembayaran bagi negeri Kedah dan Perlis pula akan dilaksanakan pada bulan Februari 2023 dengan kadar yang sama.
Baca juga:
- Bantuan Kewangan RM300 telah dibayar: Ini pula jumlah bayaran pada bulan depan & Mac nanti
- Cara memohon Bantuan RM500 setiap bulan untuk rakyat Malaysia berumur 60 tahun & ke atas
Bantuan Rumah RMR RAHMAN
RMR RAHMAN adalah sebuah inisiatif hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Rumah itu akan dibina di atas tanah milik pemohon yang berkelayakan.
Kos pembinaan rumah ini yang akan ditanggung oleh pemohon sebanyak RM55,000 dengan kadar bayaran balik bulanan RM286 sebulan selama 15 tahun. Permohonan rumah ini telah pun dibuka pada 05 Januari lalu dan akan ditutup pada 15 Februari 2023.
Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan RMR RAHMAN, sila lihat di Portal Rasminya – DI SINI.