Bantuan Kewangan

Bantuan Kewangan RM300 telah dibayar: Ini pula jumlah bayaran pada bulan depan & Mac nanti

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah sebuah inisiatif dikenali Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023  yang keoada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-

Bantuan Kewangan RM800

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi tahun 2023 telah dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 pada tahun lalu. Bantuan ini akan diberikan kepada peneroka tanaman getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Pembayaran Fasa 1 BMT ini sebanyak RM300 dibayar pada bulan Januari 2023. Manakala, Fasa 2 dan Fasa dua pula dengan kadar berikut:

  • Fasa 2 9 (Februari 2023): RM300
  • Fasa 3 (Mac 2023): RM200

Syarat-syarat Kelayakan

  • Peneroka getah yanh menghantar hasil ke pusat mengumpul getah FELDA;
  • Peneroka bersama FELDA, tetapi hasil terjejas atas sebab masalah buruh dan penyakit pokok getah;
  • Peneroka yang sedang terlibat dalam Program Pembangunan Tanam Semula Getah bersama FELDA.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Pembayaran

Pembayaran BMT ini akan dilaksanakan pada bulan Februari (Fasa 2) dan Mac (Fasa 3) tahun ini.

Kaedah pembayaran pula akan dilaksanakan secara kredit ke akaun bank peneroka yang layak.

Bantuan ini akan melibatkan beruntuka sebanyak RM9.7 juta dan akan memanfaat 12,138 peneroka tanaman getah seluruh negara.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan pembiayaan ini sila lihat – DI SINI.

Related Posts