Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
STR

Lupa kata laluan STR? Ini cara menetapkan semula, supaya akaun tidak disekat selama 24 jam

Posted on January 19, 2023 by Admin

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah bantuan-bantuan daripada Kementerian atau Agensi berdasarkan peruntukan yang telah diumumkan melalui Bajet Tahunan ditetapkan.

Antaranya adalah Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Bantuan kewangan ini telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan di bawah Bajet Mini 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Disember tahun lalu.

Pihak Kerajaan ketika itu juga telah bersetuju untuk mengawalkan pembayaran STR Fasa 1 pada bulan Januari 2023, dari rancangan asalnya pada Mac 2023.

Pembayaran bantuan dengan kadar RM300 bagi isi rumah dan RM100 kepada bujang ini telah pun dikreditkan secara berperingkat bermula pada 17 Januari 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

  • Tuntutan SKK RM1,000 dilanjutkan sehingga 31 Januari 2023: Layak untuk semua penerima BKM
  • Ini senarai perkara yang membenarkan Pengeluaran Penuh Simpanan KWSP & Cara memohonnya

Semakan Status STR

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan Portal Rasmi STR yang boleh dilayari bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan bantuan kewangan ini.

Semakan kelayakan dan status juga boleh dibuat di portal sama dengan log masuk di sistemnnya. Maklumat untuk log masuk adalah sama seperti yang telah digunakan ketika semakan status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tahun lalu.

Namun begitu, bagi mereka yang telah lupa kata laluan, permohonan kata laluan baru masih baleh dibuat di portal sama.

Caranya adalah seperti berikut:

  • Pergi Portal Rasmi STR;
  • Isikan No Kad Pengenalan di ruang MySTR;
  • Klik pada “Terlupa Kata Laluan” ;
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan semula dan klik “Semak”;
  • Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik ‘Seterusnya’;
  • Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”;
  • Jawab soalan keselamatan yang dikemukakan dan klik “Seterusnya”;
  • Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”;
  • Pengguna akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Dimaklumkan bahawa, sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR pengguna akan disekat. Pengguna hanya dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Maklumat lebih teliti berkenaan STAR ini, boleh dilihat di Portal Rasminya –  DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme