Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan kewangan rm150

Bantuan Kewangan RM150 mula dibayar hari ini: Berikut adalah senarai mereka yang layak

Posted on January 12, 2023 by Admin

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah bantuan-bantuan daripada Kementerian atau Agensi berdasarkan peruntukan yang telah diumumkan melalui Bajet Tahunan ditetapkan.

Antaranya adalah Bantuan Awal Persekolahan atau BAP di bawah Bajet Mini 2023, seperti mana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Disember tahun lalu.

BAP (Bantuan Kewangan RM150)

BAP pada asasnya merupakan bantuan yang diperkenalkan dengan tujuan membantu dan meringankan beban ibu pada dalam usaha mepersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya.

Bantuan ini juga diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa dan tiada sebarang borang atau dokumen perlu diisi oleh murid atau ibu bapa sebelum menerimanya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

  • Ini syarat-syarat & cara memohon Kewangan DanaNITA sehinga RM150,000 dari MARA
  • Cara memohon Bantuan RM600 secara ‘one-off’: Permohonan dibuka sehingga 31 Januari 2023

Tarikh Pembayaran BAP

Berdasarkan kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – BAP akan disalurkan kepada semua murid  seawal 12 Januari 2023.

Ini kerana, peruntukan BAP akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan pihak berkaitan diminta untuk membuat agihan secepat mungkin selepas menerima peruntukan tersebut.

“KPM juga tidak menyediakan sebarang talian khusus. Segala penjelasan lanjut berkaitan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM,” petikan dari kenyataan KPM.

Bagi makluman tambahan, KPM menyatakan bantuan itu akan diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria seperti warganegara Malaysia dan murid Tahun Satu sehingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi sesi Persekolahan 2023/2024.

Kriteria itu termasuklah para pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama, Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme