Bantuan Zakat

Cara memohon Bantuan RM600 secara ‘one-off’: Permohonan dibuka sehingga 31 Januari 2023

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Ia termasuklan adalah Bantuan Zakat Selangor Peduli sebanyak RM600 yang diperkenalkan di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan zakat ini:-

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Zakat

Bantuan ini diwujudkan untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.

Mereka juga perlu menepati syarat-syarat yang ditetapkan ini:

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap;
  • Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga tahun.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal LZS Peduli.

Pemohon juga hendaklah memuat naik dokumen-dokumen seperti laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat, salinan kad pengenalan dan no akaun bank berdasarkan kategori pemohon.

Kepada yang telah diluluskan permohonannya, pembayaran akan dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.

Permohonan dibuka sehingga 31 Januari 2023 (Selasa).

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan zakat ini, boleh dilihat di Portal Rasmi LZS – DI SINI.

Related Posts