DANANITA

Ini syarat-syarat & cara memohon Kewangan DanaNITA sehinga RM150,000 dari MARA

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah bantuan-bantuan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang diperkenalkan bagi membantu dan memudahkan urusan mereka yang berkelayakan.

Ia termasuklah melalui Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) dengan had maksimum RM150,000.

Tujuan Utama DanaNITA

Tujuan utama skim pembiayaan ini adalah bagi memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Pembiayaan ini juga khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan.

Syarat-syarat DanaNITA

  • Warganegara dan Bumiputera;
  • Berumur 18-60 tahun;
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi;
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM);
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online);
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa;
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam bulan;
  • Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam bulan terkini;
  • Perniagaan patuh Syariah;
  • Bebas dari senarai hitam MARA.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kelonggaran Syarat

  • Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita;
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000 ke bawah;
  • Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000 ke bawah;
  • Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000 ke bawah;
  • Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima);
  • Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan.

Baca juga:

Cara Memohon

Dimaklumkan bahawa tempoh pembiayaan skim ini adalah 1 hingga 10 tahun dan juga melibatkan jaminan atau cagaran bagi pembiayaan RM50,001 hingga RM150,000. Kadar keuntungan pula ditetapkan sebanyak 3.5 peratus.

Bagi yang berminat dan ingin memohon, ia boleh dikemukakan secara atas talian (online) Sistem myUsahawan MARA.

Maklumat lebih terperinci berkenaan DanaNITA sila teliti di Portal Rasmi MARA DI SINI.

Related Posts