Bantuan Kewangan RM150

Berikut tarikh & senarai penerima Bantuan Kewangan RM150 yang dibayar minggu ini

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkannya ketika membentangkan Bajet Mini 2023 pada Disember tahu lalu.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-

BAP RM150

Berdasarkan kenyataan Kerajaan, pembayaran BAP akan dinaikkan kepada RM150, berbanding RM100 sebelum ini.

Malah, pihak Kerajaan turut akan memberikan bantuan kewangan tersebut kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa, berbeza dengan sebelumnya yang hanya diberikan kepada mereka yang ibu bapanya berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah sebulan.

Bantuan ini diberikan kepada semua murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama, Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Tarikh Pembayaran BAP

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), pembayaran BAP RM150 kepada semua murid akan mula dibayar seawal 12 Januari 2023.

Peruntukan BAP itu akan dikreditkan ke akaun sekolah dan ia kemudiannya diagihkan secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun murid.

Diharapkan pelaksanaan BAP ini akan meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Related Posts