Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan Tunai

Bantuan Tunai RM250 dibayar pada 16 Januari ini: Berikut adalah senarai mereka yang layak

Posted on January 5, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa BERNAS bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM10 juta pada Disember 2022, dan RM50 juta pada tahun 2023 kepada para pesawah seluruh negara.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan Khas BERNAS

Pada 31 Disember 2022, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu telah mengumumkan bahawa bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Khas BERNAS akan melibatkan jumlah bantuan sebanyak RM250 kepada setiap penerima.

“Seramai 20,598 pesawah akan menerima manfaat daripada sumbangan BERNAS ini berjumlah RM250 bagi setiap pesawah,” kata Mohamad Sabu dalam satu kenyataan.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Kerajaan negeri setuju teruskan Bantuan SMUE/SMIS sebanyak RM150 & RM500: Ini cara mendaftar
  • [RASMI] Bantuan Khas BERNAS RM250 mula akan dibayar tidak lama lagi: Ini tarikh pembayarannya

Tarikh Pembayaran

Dimaklumkan bahawa, bantuan ini akan dilaksanakan terlebih dahulu di tiga buah negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pembayaran pula akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada 16 Januari 2023, manakala di negeri-negeri lain pula akan dilaksanakan secara berperingkat.

Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan turut memperkenalkan Bantuan Tunai Rakyat sebanyak RM300 kepada isi rumah dan RM100 untuk ketegori bujang pada bulan Januari ini.

Hal itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet Mini 2023 di Dewan Rakyat pada bulan Disember lalu.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme