Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan Khas Kewangan

Senarai penerima Bantuan Khas Kewangan minimum RM1,200 yang dibayar pada bulan ini

Posted on December 16, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Bantuan Kewangan Khas dari Kerajaan-Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Negeri masing-masing. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga memperkenalkan bantuan sama sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.

Penerima Bantuan Khas Kewangan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pembayaran Bantuan Khas Kewangan itu akan diberikan kepada semua kakitangan awam Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang dibayar gaji oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Bantuan itu akan melibatkan 3,920 penjawat awam negeri dengan implikasi kewangan berjumlah RM6.13 juta dan akan disalurkan pada bulan Disember 2022.

“Kerajaan negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang berdedikasi, berintegriti dan komited untuk memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dilaksanakan dengan jayanya,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri (DUN), 21 November lalu.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan untuk beli barang keperluan: Cara memohon & senarai penerima
  • Senarai Bantuan-Bantuan Kewangan Kerajaan RM300 – RM1,500 yang dibayar pada bulan ini

Dalam perkembangan sama, pihak Kerajaan Negeri juga setuju untuk memberikan sumbangan kewangan RM300 seorang kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan guru serta staf Sekolah Persendirian Cina.

Guru Tahfiz, guru Pondok dan guru Tadika Islam negeri juga akan diberikan sumbangan RM200 setiap seorang.

Sumber: Astro Awani & Harian Metro.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme