Bantuan e-Wallet

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan untuk beli barang keperluan: Cara memohon & senarai penerima

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah apabila Kerajaan Negeri Selangor setuju untuk meneruskan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) pada tahun hadapan melalui Belanjawan 2023.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini: –

Kadar BINGKAS

BINGKAS pada asasnya merupakan bantuan kewangan dalam bentuk e-Wallet setiap bulan dengan jumlah sebanyak RM300.

Bantuan itu nanti boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan di kedai-kedai dan pasaraya-pasaraya berdaftar.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonannya boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Portal BINGKAS.

Pemohon kemudiannya hendaklah melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
    Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat – DI SINI.

Related Posts