Bantuan Kewangan Kerajaan

Senarai Bantuan-Bantuan Kewangan Kerajaan RM300 – RM1,500 yang dibayar pada bulan ini

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Pada bulan Disember 2022 ini, pelbagai jenis bantuan juga akan disalurkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah senarainya: –

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT ini adalah bantuan kewangan daripada RISDA dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM600 kepada setiap penerima. Bantuan ini dibayar sebanyak dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022 dengan jumlah RM300 setiap fasa.

Bantuan Khas Kewangan RM1,500

Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah kepada setiap penjawat awam di negeri berkenaan. Bantuan itu akan dibayar pada bulan ini dengan peruntukan Kerajaan RM8 juta.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Bantuan Khas Kewangan minimum RM1,200

Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga setuju memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) untuk tahun dan dibayar pada bulan Disember 2022.

BKK ini diberikan kepada semua kakitangan awam Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang dibayar gaji oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.

Bonus Sebulan Gaji atau Minimum RM1,000

Kerajaan Negeri Johor akan memberikan bantuan kewangan khas sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua kakitangan awam di negeri berkenaan.

Pembayaran bonus itu akan dibuat dua kali iaitu pada akhir tahun ini dan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri 2023.

Related Posts