i-Sejahtera

Senarai bantuan-bantuan kewangan di bawah i-Sejahtera sebanyak RM100 hingga RM1,000

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah i-Sejahtera yang merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali dan ‘one-off’.

Senarai program bantuan di bawah i-Sejahtera

Bayaran sekali setahun

  • Program Penghargaan Warga Emas: RM200
  • Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100
  • Program Suri Emas: RM100
  • Program Bantuan OKU: RM200

Bantuan secara ‘one-off’

  • Program Anak Emas: RM200
  • Khairat Kematian: RM1,000

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan-bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal i-Sejahtera dengan tatacara berikut:

  • Layari Portal Rasmi i-Sejahtera;
  • Klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status;
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan;
  • Semak No Kad Pengenalan;
  • Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan;
  • Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan;
  • Lengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen-dokumen sokongan;
  • Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).

Berkenaan dengan pembayaran, ia akan dilaksanakan secara berperingkat. Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.

Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

Maklumat lebih teliti berkenaan dan permohon i-Sejahtera boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.

Related Posts