PPR

Permohonan Rumah PPR dengan harga RM30,000 kini sedang dibuka: Ini cara memohonnya

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah dengan melalui Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki bagi membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PPR Dimiliki ini: –

Ciri-ciri Rumah PPR

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-syarat Kelayakan PPR

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Ketika ini, terdapat sebuah projek Rumah PPR Dimiliki iaitu PPR Ladang Tanah Merah, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan harga RM30,000.

Maklumat ringkas projek ini adalah seperti berikut:

  • Jumlah Unit: 100
  • Keluasan Tapak Projek: 20.0 Hektar
  • Hak Milik Tanah: Milik Kekal
  • Tarikh Tutup Permohonan: 31/12/2022

Bagi yang ingin memohon rumah ini, ia boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara.

Maklumat lengkap berkenaannya boleh dirujuk di Portal TEDUH, KPKT – DI SINI.

Related Posts