Angkatan Pertahanan Awam

Pengambilan anggota Angkatan Pertahanan Awam bagi tahun 2023: Tarikh tutup 30 November 2022

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam

ANGGOTA SUKARELA TUGAS PEJABAT (ASTP)

  • Pengambilan: Tahun 2023

Syarat-syarat Kelayakan Angkatan Pertahanan Awam

  • Merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Boleh membaca dan menulis dengan baik;
  • Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Pemohonan jawatan hendaklah dibuat denagn mengisi Borang Permohonan Jawatan ASTP dan dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen berkaitan.

Ia kemudiannya perlu dihantar melalui serahan tangan ke os Pengawal Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) Wilayah Timur Jengka, Pahang atau melalui e-mel: noraniza@civildefence.gov.my.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 30 NOVEMBER 2022, RABU (sebelum jam 2 PETANG).

Maklumat rasmi kekosongan jawatan boleh dilihat DI SINI dan Borang Permohonan boleh didapati DI SINI.

Related Posts