Majlis Perubatan Malaysia

Pengambilan jawatan kosong Gred N41 di Majlis Perubatan Malaysia: Gaji RM2,080 – RM9,546

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perubatan Malaysia (MPM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia

PEGAWAI TADBIR – GRED N41

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran & Sokongan
  • Jadual Gaji: RM2,080 – RM9,546

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MPM secara lengkap dilampirkan bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
  • Ijazah beserta Transkrip Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/sijil daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau JPA;
  • Surat berhenti sekolah;
  • Sijil-sijil seperti PMR, SPM, STPM;
  • Sijil-sijil lain yang berkaitan.

Baca juga:

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan hendaklah dihantar ke alamat:

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Perubatan Malaysia,
Blok B, Aras Bawah, Jalan Cenderasari,
50590 Kuala Lumpur.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 30 NOVEMBER 2022, RABU.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan boleh dilihat DI SINI dan borang permohonan boleh didapati DI SINI.

Related Posts