ASNB

ASNB buat pengumuman terkini: Semua pemegang akaun ASB sila ambil perhatian

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang ditubuhkan pada 22 Mei 1979. Setelah lebih 40 tahun beroperasi, ia kini mengurus 16 dana yang bernilai RM277.86 bilion pada tarikh catatan terakhir 31 Disember 2021.

Antara produk utama ASNB adalah Amanah Saham Harga Tetap seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB); Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2); Amanah Saham Bumiputera 3-Didik (ASB3 Didik); Amanah Saham Malaysia (ASM) dan Amanah Saham Malaysia 2-Wawasan (ASM2 WAWASAN).

ASB telah pun mengumumkan agihan pendapatannya yang terkini seperti berikut:

  • ASB: 4.25 sen, bonus 0.75 sen
  • ASB2:  4.30 sen seunit
  • ASB3 Didik: 4.25 sen seunit
  • ASM: 4.00 sen seunit
  • ASM2 Wawasan: 3.75 sen seunit

Pengmumunan Terkini ASNB

Berkenaan dengan pengmumuman terkini ASNB, dimaklumkan bahawa sebarang urus niaga berkaitan produk-produknya kini tidak lagi menggunakan borang.

Hal ini dilaksanakan bagi memudahkan lagi urusan para pemegang amanah saham di semua cawangan dan agen ASB.

Oleh hal demikian, berikut adalah langkah terkini berurusan di kaunter selepas ini:

  1. Maklumkan jenis urus niaga kepada pegawai bertugas di kaunter info & isikan maklumat ringkas;
  2. Ambil nombor giliran anda;
  3. Lengkapkan urus niaga di kaunter;
  4. Sahkan & tandatangan slip Urus Niaga;
  5. Semak baki terkini anda di myASNB, ASNB Kiosk atau cetakan Penyata.

Baca juga:

Dalam perkembangan sama, para pemegang unit juga sekarang boleh menguruskan portfolio ASNB mereka secara dalam talian melalui Maybank2u dan aplikasi MAE.

Pelanggan sedia ada dan baharu hanya perlu menghubungkan akaun amanah saham mereka bagi membuat semakan baki, memindah atau menambah dana dan melihat sejarah transaksi mereka.

Akan tetapi, untuk melindungi keselamatan dan privasi pemilik akaun, pengguna hendaklah memberi kebenaran untuk menghubungan akaun ASNB ke Maybank2u.

Proses ‘one-off’ ini perlu dilakukan menerusi laman web Maybank2u atau aplikasi MAE dan terpakai kepada pelanggan baharu yang ingin menghubungkan akaun ASNB buat kali pertama serta pelanggan sedia ada yang menghubungkan akaun ASNB mereka.

Maklumat lebih lanjut berkenaan kedua-dua perkara ini boleh dirujuk DI SINI dan DI SINI.

Related Posts