Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
i-sejahtera

Bantuan Kerajaan i-Sejahtera RM200 akan dibayar tahun depan: Ini senarai penerima yang layak

Posted on November 14, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah melalui i-Sejahtera yang diberikan kepada mereka yang berkelayakan bagi membantu mereka dan sebagai sumbangan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan-bantuan di bawah program ini: –

Bantuan i-Sejahtera RM200

  • Program Penghargaan Warga Emas: RM200
  • Program Bantuan OKU: RM200

Syarat-syarat Kelayakan

Program Penghargaan Warga Emas

  • Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar;
  • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Program Bantuan OKU

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah menetap di Negeri Pulau Pinang;
  • Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Baca juga:

  • Ramai Yang Terlepas Pandang: Ini Senarai Mereka Yang Layak Dapat i-Bantuan RM150
  • Senarai Semak Dokumen-dokumen Yang Perlu Untuk Mohon Bantuan RM200 Dari LZS

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi iSejahtera.

Tatacaranya adalah seperti berikut:

  • Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status;
  • Sila masukkan nombor kad pengenalan;
  • Semak No Kad Pengenalan;
  • Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan;
  • Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan anda dan isikan kata laluan yang ditetapkan;
  • Sila lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan;
  • Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).

Berkenaan dengan tarikh pembayaran bantuan ini, ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.

Manakala, bagi permohonan yang dibuat selepas tarikh 30 Jun, pemohon akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme