Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Individu/Peniaga Yang Memiliki SSM Perlu Kemaskini Maklumat Akaun Bank GKP Mulai 6 Disember

Posted on December 7, 2021 by Admin Gov

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk individu/peniaga kecil yang menjalankan perniagaan serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Jika dilihat semula, kerajaan telah menyalurkan Geran Khas Prihatin (GKP) dalam beberapa fasa. Ini termasuklah GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0, GKP 4.0, GKP PERMAI dan GKP PEMERKASA tambahan.

Jika anda telah menerimanya, semoga bantuan ini sedikit sebanayak telah menghidupkan semula perniagaan anda yang sebelum ini terkesan teruk dan mengalami kerugian.

Namun begitu, pihak Lembaga Hasi Dalam Negeri (LHDN) melalu page FB rasminya telah mengeluarkan satu peringatan baru yang perlu diambil perhatian.

Tempoh Kemaskini Terakhir Maklumat Akaun Bank GKP 2021

Pihak LHDN melalui sebuah siaran di Facebook menyatakan bahawa penerima GKP PERMAI, GKP PEMERKASA+, GKP 3.0 dan GKP 4.0 yang gagal kredit, anda boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank melalui laman web di sini https://gkp.hasil.gov.my/

Tarikh kemaskini adalah bermula 6 Disember sehingga 20 Disember 2021.

Kenapa Perlu Kemaskini?

Mereka perlu membuat kemaskini GKP adalah pemohon yang berstatus Gagal Kredit sebelum ini. Anda perlu pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Jika telah dikemaskini, pembayaran semula akan dilakukan terhad kepada terhad kepada program GKP sepanjang tahun 2021 sahaja. Untuk maklumat, bayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja.

Cara Kemaskini

Bagi mereka yang memenuhi syarat dan ingin mengemaskini, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi GKP: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Sila Log Masuk seperti biasa
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Tekan kotak ‘Semak’
  5. Selepas berjaya login, maklumat Nama, Nombor Mykad & Status Permohonan akan dipaparkan
  6. Klik butang ‘Kemaskini’ dan masukkan maklumat akaun bank yang aktif.
  7. Tekan butang ‘Simpan’ untuk menghantar maklumat tersebut

Maklumat Penting

Anda jangan tersilap, sila masukkan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Tahukah anda? Penerima GKP sebelum ini akan secara automatik menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sekiranya memenuhi syarat.

Sila baca maklumat lanjut mengenai perkara itu di pautan ini: https://www.jawatankerja.com/2021/11/27/penerima-gkp-automatik-terima-bkm/ (KLIK SINI)

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme