Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pakej bantuan kepada rakyat sama ada pekerja mahupun peniaga kecil. Untuk tahun hadapan, kerajaan akan melaksanakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bakal memberi kepada para penerima.
Menariknya, individu yang memiliki SSM/peniaga kecil yang menerima Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini juga akan dipertimbangkan untuk menerima BKM tersebut.
Penerima GKP tidak perlu membuat permohonan
Dalam penerangan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bahawa penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40, akan dipertimbangkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.
Ini kerana kerajaan komited untuk membantu golongan memerlukan terutamanya golongan rentan dengan menyediakan bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta penerima.
Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Bantuan BKM akan melibatkan kewangan dari RM350 sehingga RM2,000 mengikut ketetapan khusus setiap kategori penerima. Ia boleh dirujuk di bawah:
Kadar tambahan juga diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.