Permohonan Jawatan dibuka di PUSAKA ~ Gaji permulaan RM1,205, Tarikh tutup 15 Julai 2021

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, khabar baik menanti anda kerana Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) kini telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Maklumat jawatan

Pengawal Keselamatan – Gred KP11

  • Kekosongan : Empat (4) kekosongan
  • Taraf Jawatan : 1 Kekosongan bertaraf Tetap dan Berpencen & 3 Kekosongan bertaraf kontrak
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Jadual Gaji : RM1,205.00 – RM2,939.00

Syarat-syarat kelayakan

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurangkurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00).
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat lantikan tambahan adalah mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Bidang tugas

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan, termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

Cara permohonan

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan secara terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula boleh dibuat di laman: E-RECRUITMENT SARAWAK.

Bagaimanapun, pemohon perlu mendaftar dahulu di sistem laman web tersebut, sebelum boleh mengemukakan sebarang permohonan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 15 JULAI 2021. 

Related Posts