Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
skim cakna suri

Umur 54 tahun dan ke bawah? Ini cara memohon Skim Cakna Suri RM200 untuk tahun 2023

Posted on January 26, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah sebuah inisiatif dikenali sebagai Skim Cakna Suri yang telah dibuka permohonannya untuk mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana skim bantuan ini:

Skim Cakna Suri

Bantuan ini pada asasnya telah diperkenalkan sejak tahun 2020 oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ia diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada para suri rumah dengan jumlah sumbangan sebanyak RM200 secara ‘one-off’.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Suri rumah sepenuh masa berumur 54 tahun dan ke bawah;
  • Mempunyai 2 orang anak atau lebih di bawah tanggungan;
  • Rakyat Negeri Kelantan;
  • Pendapatan Isi Rumah sebanyak RM2,000 dan ke bawah;
  • Bukan penerima Skim Cakna Suri 2022.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Permohonan Bantuan RM600 ‘one-off’ akan ditutup minggu depan: Syarat-syarat & cara mohon
  • Cara memohon Bantuan Suri Emas RM100 secara ‘one-off’: Pembayaran dibuat pada tahun ini

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan skim ini, permohonannya boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Skim Cakna Suri secara lengkap.

Ia kemudiannya perlu dilampirkan bersama salinan Kad Pengenalan dan pengesahan nombor akaun pemohon.

Borang dan dokumen seterusnya hendaklah dihantar secara pos atau serahan tangan ke:

Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan (Mawaddah Centre), Stesen Bas Kota Bharu, Lot 259, Seksyen 11, Jalan Pendek, 15000 Kota Bharu.

Tarikh tutup permohonan bantuan pada 31 JANUARI 2023 (SELASA).

Maklumat lengkap berkenaan bantuan kewangan ini dan borang permohonannya sila lihat – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme