suri emas

Cara memohon Bantuan Suri Emas RM100 secara ‘one-off’: Pembayaran dibuat pada tahun ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah Bantuan Suri Emas yang juga merupakan salah satu bantuan di bawah Program i-Sejahtera. Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan Suri Emas

Program i-Sejahtera pada asasnya merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat negeri itu yang berkelayakan.

Salah satunya adalah melalui Bantuan Suri Emas sebanyak RM100 secara ‘one-off’ yang dibuka permohonannya sepanjang tahun.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang;
  • Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap;
  • Wanita masih berumahtangga;
  • Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi i-Sejahtera.

Pemohon juga perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan Suami;
  • Salinan Sijil Perkahwinan;
  • Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif;
  • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Bagi maklumat, pembayaran bantuan akan dilakukan secara berperingkat. Untuk membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.

Manakala, pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan zakat ini, boleh dilihat di Portal Rasmi i-Sejahtera – DI SINI.

Related Posts