Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan BMT

Bantuan BMT RM600 dibayar pada November & Disember ini: Berikut senarai penerima yang layak

Posted on December 13, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) daripada RISDA di bawah Bajet 2022.

Kadar Bantuan BMT

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM600 yang dibayar secara dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022. Setiap fasa pula akan melibatkan jumlah sebanyak RM300.

Syarat-syarat Kelayakan BMT

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Bantuan Kewangan Asasi RM3,920 setahun untuk B40 & M40: Berikut senarai mereka yang layak
  • Ibu bapa boleh mohon Bantuan Kewangan RM500 untuk anak yang lahir bermula tahun 2022

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BMT akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan BMT boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem BMT RISDA – DI SINI.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme