Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan Bil Air

Mereka berpendapatan bawah RM5,000 boleh mohon Bantuan Bil Air Percuma sampai tahun 2024

Posted on November 22, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang memberikan bantuan bil 20 meter padu air percuma kepada mereka yang berkelayakan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Bil Air

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang);
  • Premis kediaman mempunyai meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

  • Bantuan Kewangan BMT RM300 telah mula dikreditkan: Berikut senarai penerima yang layak
  • Kerajaan setuju bayar Bantuan Khas Kewangan RM1,500 bulan depan: Senarai penerima yang layak

Cara Memohon SADE

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Selain itu, permohonan SADE juga boleh dibuat melalui kaunter-kaunter perkhidmatan Air Selangor dengan mengisi Borang Permohonan SADE.

Dimaklumkan juga bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh SADE untuk tiga tahun bermula 1 Januari
2022 hingga 31 Disember 2024 dan pendaftaran adalah dibuka sepanjang tahun.

Maklumat lengkap dan borang permohonan SADE boleh diteliti DI SINI, manakala permohonan secara atas talian boleh dilaksanakan DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme