Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan RM800

Bantuan RM800 dibayar selama 4 bulan berturut-turut: Cara mohon & tarikh rasmi pembayaran

Posted on August 20, 2024 by Admin

Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada tahun ini (2024) bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan itu diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Perkara itu termasuklah bantuan yang diperkenalkan bersempena dengan Musim Tengkujuh. Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tunai yang telah diperkenalkan: –

Bantuan RM800 di bawah BMT

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah bantuan tahunan yang diberikan oleh RISDA untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh. Bantuan ini juga merupakan salah satu cara Kerajaan untuk membantu mereka yang terkena dampak buruk musim ini setiap tahun.

Kadar BMT yang ditetapkan adalah sebanyak RM800 dan diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

Pekebun Kecil – Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah:

  • Warganegara Malaysia 
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA 
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar 
  • Pemilik tanah yang sah 
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA 
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA) 

Penoreh – Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah 

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh)

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA atau hadir ke Pejabat RISDA terdekat.

Bagi permohonan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA (Permohonan Baru/Hantar/Kemaskini Permohonan) :

  • Pekebun Kecil : Pemohon baru atau Penerima BMT tahun sebelumnya.
  • Penoreh : Wajib membuat permohonan baru walaupun pernah menerima BMT tahun sebelumnya.

Untuk pemohon hadir ke Pejabat RISDA dan permohonan diterima melalui Sistem e-BMT:

  • Pekebun Kecil : Penerima BMT tahun sebelumnya berstatus berjaya bayar dan dokumen lengkap.
  • Penoreh : Perlu menghantar permohonan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan seperti disenaraikan berikut:

Pekebun Kecil RISDA & Individu

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada)

Penoreh Bukan Pemilik

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan 
  • Salinan kad pengenalan pemilik tanah  
  • Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer) 
  • Salinan buku akaun bank yang aktif  
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/ wakil yang sah 
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh) 

Pekebun Kecil Agensi

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan 
  • Geran asal tanah dan salinan (jika memilik tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah) 
  • Salinan buku akaun bank yang aktif 
  • Surat pengesahan daripada agensi 
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi JPS dan JAKOA) 

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi yang diluluskan, pembayaran BMT ini akan dibuat selama empat bulan dengan kadar RM200 setiap bulan. Tarikh pembayaran pula bermula pada bulan November 2024 sehingga Februari 2024.

Cara pembayaran pula secara kredit terus ke akaun penerima yang diluluskan permohonannya. Maklumat lebih teliti berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dilihat di Portal Suara RISDA (DI SINI) dan permohonannya boleh dibuat – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2024
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme