Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP)
- PERSONEL MYSTEP GRED 19, PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR SELANGOR
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,700
- Manfaat: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
- PERSONEL MYSTEP GRED 19, PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR PUTRAJAYA
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,700
- Manfaat: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
Syarat-syarat Kelayakan
PERSONEL MYSTEP GRED 19, PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR SELANGOR
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia;
- Kemahiran Yang Diperlukan:
- Pengurusan dan pemikiran kreatif
- Pengurusan kerja yang proaktif
- Komunikasi berkesan
- Kemahiran interpersonal
PERSONEL MYSTEP GRED 19, PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR PUTRAJAYA
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia;
- Kemahiran Yang Diperlukan:
- Pengurusan dan pemikiran kreatif
- Pengurusan kerja yang proaktif
- Komunikasi berkesan
- Kemahiran interpersonal
Deskripsi Tugas
PERSONEL MYSTEP GRED 19, PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR SELANGOR
- Untuk membantu kemasukan data (data entry) bagi tujuan pelaporan bulanan dan pemantauan harian;
- Untuk membantu kemaskini fail-fail fizikal STB sedia ada dan buka fail fizikal STB baru;
- Untuk membantu menjadi helpdesk bagi menjawab pertanyaan kontraktor mengenai permohonan STB PKK/ MOF;
- Untuk membantu menjaga kaunter khidmat pelanggan sekiranya pegawai bertugas ada urusan/ hal yang tidak dapat dielakkan/ kecemasan;
- Untuk membantu pelaksanaan kursus kontraktor anjuran PKK Selangor; dan
- Untuk membantu mengemaskini dan memantau posting di sosial media rasmi (FB) PKK Selangor.
PERSONEL MYSTEP GRED 19, PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR PUTRAJAYA
- Menjaga Kaunter PKK Hq dan membuat penerimaan parcel atau surat dari pelanggan;
- Menerima dan mengagihkan surat khabar mengikut ketetapan yang telah dibuat dan membuat pengeahan penerimaan mengikut format yang dibekalkan;
- Menguruskan dan membuat semakan surat-menyurat bagu tujuan pengeposan yang menggunakan perkhidmatan pos laju;
- Membuat semakan dan mencetak penyata pembayaran tol tanpa resit (TouchnGo) dan penyata bahan api kenderaan (Petronas).
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Portal MyFutureJobs dengan mendaftar dan membuat permohonan jawatan sesuai dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat. Hanya calon yangmelepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Permohonan dibuka sehingga 20 Ogos 2024
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Info Tambahan
Sejarah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) bermula pada tahun 1974 yang pada ketika itu dikenali sebagai Kementerian Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada tahun 1976, ia ditukar nama kepada Kementerian Perusahaan Awam dan pada 1995 dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan.
Antara peranan dan fungsi KUSKOP adalah menetapkan hala tuju pembangunan keusahawanan negara, membudayakan nilai dan minda keusahawanan dalam masyarakat Malaysia, memperkukuh ekosistem keusahawanan negara serta meningkatkan akses kepada pembiayaan.