Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah melalui bantuan berbentuk e-Domopet seperti eMADANI. Bantuan itu telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Belanjawan 2024 dengan kadar RM100 secara sekaligus ‘one-off’. Ia juga merupakan kesinambungan kepada kejayaan program e-dompet Kerajaan sebelum ini dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.
Syarat-syarat eMADANI ini adalah:
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
Tempoh pendaftaran dan tuntutan eMADANI ini hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.
Kredit eMADANI san manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan sehingga 11.59 malam, 29 Februari 2024. Penerima yang layak juga hanya boleh menuntut kredit eMADANI sekali sahaja daripada satu penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.
Dalam masa sama, terdapat sebuah lagi bantuan e-Dompet yang diperkenalkan dan menariknya ia diberikan setiap bulan. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan e-Dompet berkenaan: –
e-Dompet RM300 setiap bulan
Bantuan e-Dompet sebanyak RM300 diberikan setiap bulan (RM3,600 setahun) ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Ia bertujuan meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.
Manfaat-manfaat utama BINGKAS ini adalah seperti berikut:
- E-Dompet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar;
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-Wallet);
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300;
- Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan;
- E-Dompet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
Syarat-syarat Kelayakan Bantuan e-Dompet BINGKAS
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua orang berusia 18 tahun ke bawah;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
Cara Memohon
Bagi mereka yang layak kerana menepati syarat-syarat ditetapkan, permohonan e-Dompet BINGKAS boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau aplikasi SELANGKAH. Tatacara memohon adalah seperti di berikut:
- Buka aplikasi dan klik pada panel BINGKAS;
- Isi borang yang dengan maklumat yang tepat dan klik ‘Teruskan’;
- Muat naik dokumen-dokumen yang ditetapkan;
- Klik ‘Hantar’
- Pendaftaran berjaya dan pemohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada lulus atau tidak.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut semasa membuat permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan);
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan);
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
Setiap permohonan yang diluluskan layak menerima manfaat BINGKAS selama 2 tahun. Kemaskini akaun perlu dibuat pada tahun berikutnya.
Akan tetapi, penerima sedia ada yang hampir mencapai tempoh matang 2 tahun sejak manfaat diterima akan mendapat notifikasi pada bulan ke-22. Penerima diberi tempoh 2 bulan untuk membuat kemaskini maklumat. Semakan kelayakan tertakluk pada syarat baru yang ditetapkan.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini dan permohonannya boleh dilihat di Portal Rasmi BINGKAS – DI SINI.