Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
PERSONEL MYSTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,000 – RM2,499
- Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman PEREKSO dan Caruman KWSP.
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah merupakan Warganegara Malaysia;
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan akademik di peringkat Diploma dan hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan jawatan dan tugas.
Deskripsi Tugas
Unit Perakaunan (Diploma):
- Menyelaras dan memantau proses transformasi sistem perakaunan merangkumi migrasi data dari 13 modul dalam CF seperti cash book, Payroll, Account Payable, General Ledger dan Billing;
- Menyelaras pelaksanaan modul Projek Costing, bagi melaksanakan penggunaan modul ini, konfigurasi bagi setiap kod ledger perlu diwujudkan bagi memastikan pelaporan adalah tepat mengikut format MATRADE; dan
- Menyelaras pelaporan sistem BayarNow, iaitu portal pengguna dan aplikasi gerbang pembayaran yang menyediakan perkhidmatan untuk menjana bil/ invois serta pembayaran secara elektronik seperti FPX, B2C, kad kredit, kad debit dan e-dompet. Pegawai bertanggungjwab memastikan terimaan di bank dan laporan dikemaskini setiap hari.
Unit Pemantauan Prestasi (Ijazah):
- Membantu tugas-tugas berkaitan Projek Penyelenggaraan Sistem Pengurusan KPI seperti penyediaan dokumentasi, laporan, pengujian sistem dan latihan;
- Membantu PMU selaku Urus Setia Pasukan Petugas Khas dalam pelaksanaan Projek Penambahbaikan KPI MATRADE yang melibatkan pemantauan tugas-tugas Pasukan Petugas Khas, penyediaan laporan, dokumentasi dan susun atur pelaksanaan projek; dan
- Membantu bagi menambah baik pengurusan sistem KPI MATRADE berdasarkan maklum balas Unit Audit Dalam.
Unit Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) (Ijazah):
- Membantu dalam pelaksanaan MIHAS Sustainability Award 2024 yang akan dilaksanakan pada September 2024;
- Urus setia MIHAS Sustainability Award; dan
- Membantu Junior Chamber International (JCI) sebagai supporting partner dalam penganjuran Sustainable Development Award (SDA) 2024.
Unit Pembangunan Pasaran (Diploma):
- Memproses permohonan dan tuntutan Geran Pembangunan Pasaran (MDG);
- Menyemak dokumen sokongan yang dihantar oleh syarikat yang memohon geran MDG;
- Menyediakan surat dan emel kepada syarikat jika permohonan tidak lengkap;
- Menyediakan laporan bulanan;
- Menyediakan input untuk mesyuarat yang melibatkan Unit MDG seperti MTPK, JKTP dan Pra-JKTP;
- Menjawab pertanyaan syarikat melalui telefon & emel;
- Menyediakan kertas rayuan syarikat untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa MDG;
- Menyelaras pelaksanaan Kajian Impak MDG; dan
- Menyediakan laporan bagi Jawatankuasa Khas MDG untuk Peruntukan Inisiatif Ekonomi MADANI.
Unit Analisa Perdagangan (Ijazah)
- Membantu melaksanakan Pengumuman Prestasi Perdagangan Malaysia 2023 & 2024;
- Membuat penyediaan design bagi slaid pembentangan, nota percakapan YB Menteri MITI dan Pengerusi MATRADE, soalan-soalan lazim (FAQ);
- Menyemak data perdagangan, meringkaskan & mengumpul maklumat Prestasi perdagangan Malaysia 2023 daripada TCs & Desk; dan
- Menyelaras serta membantu dalam proses penyediaan booklet.
Cara Memohon Jawatan Kosong MATRADE
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Portal MyFutureJobs dengan mendaftar dan membuat permohonan jawatan sesuai dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Calon adalah sangat disarankan untuk memohon jawatan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan memberikan maklumat yangh benar serta tepat. Hanya calon yangmelepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Permohonan dibuka sehingga 18 Ogos 2024
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.