Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
STR Fasa 3

STR Fasa 3 dibayar bulan ini (Ogos 2024): Semakan status, penerima dan jumlah bayaran

Posted on August 1, 2024 by Admin

Pada tahun 2024 ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing. Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah meneruskan pelaksaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR.

Bantuan ini merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 di negara ini. Bantuan ini juga telah ditambahbaik pada tahun 2024 ini, sesuai dengan tindakan kerajaan melaksanakan penyasaran semula subsidi kepada mereka yang benar-benar layak.

Bagi tahun ini, kriteria kelayakan STR 2024 adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

STR Fasa 3

Untuk makluman, pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun diagihkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April 2024 lalu. Pembayaran STR Fasa 3 pula dijadualkan pada bulan Ogos 2024.

Akan tetapi, jumlah bayaran STR Fasa 3 masih belum dimaklumkan secara rasmi dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima atau secara pengambilan tunai bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

Permohonan Baru STR 2024

Dalam masa sama, semakan status STR juga boleh dibuat oleh setiap pemohon melalui dalan talian (online) di Portal Rasmi STR. Cara membuat semakan status adalah seperti berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Bagi urusan permohonan baru STR 2024, ia boleh dibuat sekiranya:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
    • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
    • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Permohonan STR boleh dibuat di Portal Rasmi STR atau secara manual dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang yang lengkap dan dokumen-dokumen sokongan kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Dimaklumkan bahawa penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2024
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme