Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
E-Wallet RM300

E-Wallet RM300 untuk beli barangan keperluan setiap bulan: Golongan B40 & M40 boleh memohon

Posted on July 22, 2024 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah melalui bantuan e-Wallet yang dikenali sebagai BINGKAS. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan e-Wallet berkenaan: –

Bantuan e-Wallet RM300

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Bantuan ini diberikan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan dan telah diperluaskan kepada 30,000 keluarga dengan kadar RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.

Pemberian bantuan ini datang dalam bentuk e-Wallet setiap bulan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
  • Pemilih berdaftar di Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua orang berusia 18 tahun ke bawah;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

Manfaat-Manfaat Utama e-Wallet

  • e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar;
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-Wallet);
  • Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300;
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan;
  • e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

Cara Memohon

Untuk permohonannya, ia boleh dikemukakan secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi BINGKAS atau aplikasi SELANGKAH. Tatacara permohonan adalah seperti berikut:

Langkah-langkahnya pula adalah seperti berikut:

  • Buka aplikasi dan klik pada panel BINGKAS;
  • Isi borang yang dengan maklumat yang tepat dan klik ‘Teruskan’;
  • Muat naik dokumen-dokumen yang ditetapkan;
  • Klik ‘Hantar’
  • Pendaftaran berjaya dan pemohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada lulus atau tidak.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

Untuk maluman, setiap permohonan yang telah diluluskan adalah layak untuk menerima manfaat BINGKAS selama 2 tahun. Kemaskini akaun perlu dilakukan pada tahun berikutnya. Akan tetapi, penerima sedia ada yang hampir mencapai tempoh matang 2 tahun sejak manfaat diterima akan mendapat notifikasi pada bulan ke-22. Penerima diberi tempoh 2 bulan untuk membuat kemaskini maklumat. Semakan kelayakan tertakluk pada syarat baru yang ditetapkan.

Cara Buat Pembelian

E-Wallet BINGKAS boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian di kedai-kedai terlibat dengan tatacara berikut:

  • Kunjungi kedai-kedai berdaftar di bawah senarai BINGKAS;
  • Pilih barangan yang ingin dibeli;
  • Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan;
  • Juruwang buat saringan mengikut barang-barang yang tersenarai di bawah BINGKAS;
  • Penerima klik pada Kad BINGKAS di aplikasi;
  • Penerima klik ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS;
  • Penerima masukkan pin 6 digit bagi pengesahan pengaktifan Kod QR;
  • Juruwang imbas Kod QR bagi pembayaran.

Antara jenis-jenis barangan yang boleh dibeli adalah beras, tepung, gula, sayur-syuran, daging, ayam, telur, ikan, produk tenusu, lampin pakai buang, produk mandian, barangan persekolahan dan pelbagai lagi.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme