Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Agensi Angkasa

Pelbagai jawatan kosong Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) tahun 2024: Gaji sehingga RM9,618

Posted on July 19, 2024 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

  1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 (SAINS PERHUTANAN)
    • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    • Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
    • Kekosongan: 1
    • Simpanan: 5
  2. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 (KEJURUTERAAN ELEKTRIK/ELEKTRONIK/KOMPUTER/MEKANIKAL)
    • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    • Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
    • Kekosongan: 1
    • Simpanan: 5

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,315.00); atau
    • Ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,418.66); atau
    • Ijazah sarjana muda kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44); atau
    • Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,730.00); atau
    • Ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,833.78); atau
    • Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM3,145.11).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tugas-Tugas Jawatan

  • Menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan;
  • Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara;
  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 23 JULAI 2024 (SELASA) jam 11.59 malam.

Maklumat rasmi kekosongan boleh dilihat DI SINI(PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 (SAINS PERHUTANAN) dan DI SINI(PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 (KEJURUTERAAN ELEKTRIK/ELEKTRONIK/KOMPUTER/MEKANIKAL), manakala permohonan secara dalam talian boleh dikemukakan – DI SINI.

Info Tambahan

Pada 20 Februari 2019, pihak Kerajaan telah meluluskan penubuhan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melalui penggabungan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Inisiatif penubuhan MYSA adalah bagi memastikan pembangunan dan pengurusan sektor angkasa negara yang lebih strategik, teratur dan komprehensif.

Fungsi agensi ini adalah menerajui Pelaksanaan Dasar Angkasa Negara; menerajui Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi, Aplikasi dan Sains Angkasa; mengkoordinasi Perolehan Data Satelit (Remote Sensing) dan Menyedia Perkhidmatan Imej Satelit Melalui Sistem Aplikasi Strategik dan menyediakan Perkhidmatan Pengujian dan Pengukuran Sistem Angkasa.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme