Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
miros

Jawatan Kosong Terkini MIROS ambilan Julai 2024: Minima SPM, Insentif RM572 setiap bulan

Posted on July 12, 2024 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED Q19)

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Klasifikasi: Penyelidikan dan Pembangunan
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kadar Upah: RM1,355
  • Insentif: RM572

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya olehKerajaan; atau
    • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tugas-Tugas Jawatan

  • Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas berkaitan ujian kenderaan;
  • Sebagai petugas yang menjaga litar dan peralatan yang berada di MT3, Sepang;
  • Mengawal dan memantau kebenaran memasuki litar MT3;
  • Menjalankan lain-lain tugas-tugas yang berkaitan projek dari semasa ke semasa.

Cara Memohon Jawatan MIROS

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan perlu dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MIROS secara lengkap. Pemohon juga melampirkan dokumen-dokumen dan salinan berikut:

  • Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
  • Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  • Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan).
  • Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan.
  • Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang Badan Pengiktirafan Kelayakan (MQA).

Akan tetapi, salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum tidak perlu disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan jawatan pada 15 Julai 2024.

Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.

Info Tambahan

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang berperanan sebagai sebuah pusat sehenti penjanaan, penghasilan dan penyebaran ilmu serta maklumat keselamatan jalan raya.

Hasil kajian yang diperolehi daripada penyelidikan dan program-program intervensi berdasarkan bukti sebagai asas bagi membangunkan strategi, undang-undang, dasar dan langkah-langkah penguatkuasaan baharu terhadap keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaan. Terlibat secara langsung di dalam penyelidikan, MIROS bekerjasama dengan agensi- agensi kerajaan dan badan-badan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya.

Pada 2014, Menteri Pengangkutan ASEAN telah melantik MIROS sebagai Pusat Keselamatan Jalan Raya ASEAN. Pusat ini bertujuan untuk menyumbang dan mempromosikan pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan negara ASEAN, ini termasuklah undang-undang jalan raya, pengurusan data, pembangunan piawaian,  pendidikan  dan  kesedaran  keselamatan jalan raya.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme