Seperti mana tahun – tahun sebelum ini, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan tahun ini (2024) bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Ia termasuklah bantuan yang diperkenalkan bersempena dengan musim tertentu seperti musim hujan atau musim tengkujuh. Berikut adalah maklumat lanjut tentang Bantuan BMT yang telah diperkenalkan: –
Bantuan BMT 2024
BMT atau Bantuan Musim Tengkujuh adalah bantuan dari pihak Kerajaan yang diperkenalkan bagi membantu mereka yang terkesan bila tibanya musim berkenaan. Musim Tengkujuh akan berlaku setiap tahun di negara ini dan ketika itu taburan hujan luar biasa akan melanda negara.
Musim Tengkujuh juga datang dengan pelbagai risiko seperti banjir, tanah runtuh, ribut dan sebagainya. Ia juga dapat menjejaskan pendapatan sektor tertentu seperti terjejasnya aktiviti menoreh getah. Prihatin dengan hal itu, BMT diperkenalkan sebagai bantuan kepada para pekebun kecil dan penoreh.
Kadar BMT yang ditetapkan pula adalah sebanyak RM800 kepada setiap mereka yang layak dan diluluskan permohonannya.
Syarat-Syarat Kelayakan BMT
BMT diberikan kepada Pekebun Kecil dan mengusahakan lot bertanam getah atau penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah 2.5 hektar ke bawah. Syarat-syarat kelayakan BMT secara lebih khusus adalah seperti berikut:
- Pekebun Kecil Getah
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.
- Pemilik tanah yang sah.
- Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).
- Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
- Penoreh Getah
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
- Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
- Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
- Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
Cara Memohon
Bagi permohonan BMT 2024, ia dibuka mulai 1 Jun 2024 sehingga 30 September 2024. Permohonannya boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA atau secara manual dengan mengisi borang permohonan di pejabat-pejabat RISDA terdekat.
Pembayaran BMT akan dibuat secara 4 fasa iaitu sebulan sekali mulai November 2024 sehingga Februari 2025. Setiap fasa akan melibatkan pemberian tunai sebanyak RM200. Cara pembayaran pula secara kredit terus ke akaun penerima yang layak dan diluluskan permohonannya.
Maklumat lebih teliti berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dirujuk di Portal Rasmi RISDA (DI SINI) dan permohonan boleh dibuat – DI SINI.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Selain itu, pihak RISDA juga ada memperkenalkan beberapa program sokongan seperti Bantuan Tabung Pelancaran (BTP). Ia adalah bantuan secara one-off sebanyak RM2,000.
Ia juga merupakan insentif untuk projek Tanam Semula Berkumpulan bagi memastikan pengurusan di bawah Jawatankuasa Tanam Semula Berkumpulan (Tanam Semula Berkelompok (TSB) dan Tanam Semula Komersial (TSK)) dapat diuruskan dengan baik dan teratur.
Syarat-syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Projek TSB dan TSK di Semenanjung dan Sarawak yang dibayar ansuran semasa mulai Tahun 2021
- Jenis tanaman getah sahaja dibenarkan
- Projek TSB dan TSK telah membuat Mesyuarat Agong, melantik Jawatankuasa dan membuka akaun atas nama projek
- Ahli Jawatankuasa projek bersetuju untuk memohon insentif BTP dan diminitkan dalam mesyuarat jawatankuasa
Info lebih teliti dan permohonan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi RISDA (DI SINI).