Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Ia termasuklah bantuan-bantuan bagi tujuan pendidikan sebagai usaha meringkan beban mereka yang memerlukan sama ada dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan antara bantuan kewangan yang telah diperkenalkan: –
Bantuan Kewangan Asasi
Bantuan Kewangan Asasi adalah sebuah insiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia diberikan kepada para pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat asasi di universiti-universiti awam Malaysia.
Syarat-syarat kelayakan Bantuan Kewangan Asasi adalah seperti berikut:
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
- Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
- Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kadar Bantuan Kewangan Asasi
Bagi kadar pembayaran Bantuan Kewangan Asasi, ia adalah sebanyak RM3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian. Berikut adalah pecahannya:
- Elaun Wang Saku: RM2,500 setahun;
- Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan: RM1,420 setahun;
- Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).
Cara Memohon
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.
Bagi urusan itu, pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen-dokumen tawaran berikut:
- Surat tawaran;
- Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
- Borang penyata kewangan penjamin;
- Panduan mengisi borang perjanjian;
- Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran;
- Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
Ia kemudiannya perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat – DI SINI.
Selain itu, pihak Kerajaan juga adalah memperkenalkan Bantuan Kewangan Bagi Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) sebanyak RM300 / sebulan atau RM1, 800 sepanjang satu semester.
Syarat-syarat kelayakan BKPKK ini adalah:
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
- BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
- Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
- Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
- Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
Untuk makluman, pelajar yang layak dan diluluskan permohonannya akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua semester sahaja. Pelajar yang layak untuk menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.
Jika pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, maka pembiayaan bantuan kewangan akan diberhentikan serta merta kepada pelajar.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing. Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat – DI SINI.