Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Ia termasuklah bantuan yang diperkenalkan bersempena dengan musim tertentu seperti musim hujan atau musim tengkujuh. Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan yang telah diperkenalkan: –
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh ketika berdepan musim berkenaan. Ia adalah sebuah program yang dikenalikan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Kadar pembayaran BMT yang ditetapkan adalah sebanyak RM800 dan akan dikereditkan secara empat fasa (4 kali) dengan jumlah RM200 setiap bulan.
Syarat-syarat Kelayakan BMT
BMT pada asasnya diberikan kepada Pekebun Kecil dan mengusahakan lot bertanam getah atau penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah 2.5 hektar ke bawah. Syarat-syarat kelayakan BMT secara lebih khusus adalah seperti di bawah:
- Pekebun Kecil Getah
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.
- Pemilik tanah yang sah.
- Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).
- Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
- Penoreh Getah
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
- Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
- Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
- Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
Permohonan BMT
Permohonan BMT bagi tahun 2024 telah pun dibuka mulai 1 Jun 2024 lalu dan tarikh tutupnya pula pada 30 September 2024 nanti. Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA atau secara manual dengan mengisi borang permohonan di pejabat-pejabat RISDA terdekat.
Berkenaan dengan tarikh pembayaran BMT, ia akan dibuat selama empat bulan bermula pada November 2024 sehingga Februari 2025. Cara pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak dan diluluskan permohonannya.
Maklumat lebih teliti berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dirujuk di Portal Rasmi RISDA (DI SINI) dan permohonan boleh dibuat – DI SINI.
Selain itu, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan BUDI Agri-Komoditi. Bantuan tunai ini diberikan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.
Ia juga merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Secara khususnya ia diberikan kepada petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Syarat-syarat kelayakan BUDI Agri-Komoditi adalah:
- Pemohon berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
- Pemohon merupakan petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Info lebih teliti dan permohonan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Budi Madani (DI SINI).