Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
PEGAWAI TADBIR GRED N41
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jenis Jawatan: MySTEP
- Gaji: RM2,000 – RM2,499
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
- Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
- Membantu merangka kertas kerja, surat rasmi , emel dan lain-lain dokumen berkaitan;
- Melaksanakan dan mengurus semua urusan pentadbiran pejabat;
- Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai dari masa ke semasa;
- Membantu menyelaras dan menguruskan majlis-majlis rasmi.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal MyFutureJobs. Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh tutup permohonan pada 10 Jun 2024, Isnin.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah adalah sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap kemajuan luar bandar di bawah kerajaan Malaysia. Sejarahnya bermula dengan diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1957 dengan matlamat untuk membangunkan prasarana fizikal dan membekalkan secara meluas kemudahan asas kepada penduduk luar bandar.Ia memberi landasan yang kukuh kepada kawasan luar bandar untuk bergerak giat dan maju.
Seterusnya dengan pelancaran Buku Merah pada 6 Mei 1960 untuk menjadikan atur cara pembangunan selari di semua kawasan-kawasan luar bandar dengan pelaksanaan melalui 3 peringkat iaitu peringkat Pusat, Negeri dan Daerah. Ia merupakan langkah untuk menanam sifat berkomuniti dan berkepentingan dalam pembangunan setempat apabila rakyat dan pemimpin digembeling bukan sahaja dalam proses pelaksanaan pembangunan tetapi dalam proses perancangan juga. Pada zaman pengunaan RED Book, Malaysia dilihat sebagai model negara yang mempunyai pendekatan pembangunan luar bandar yang mantap diperingkat global dan merupakan momentum pertama pembangunan luar bandar.
Pihak kerajaan juga menubuhkan Bagian Pelajaran Dewasa pada tahun 1961 sebagai langkah permulaan untuk pembangunan modal insan dengan membasmi buta huruf di kalangan masyarakat luar bandar. Bahagian ini pada tahun 1977 selanjutnya diberi nama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang pada dasarnya terlibat dalam pembangunan modal insan dan pembangunan masyarakat luar bandar.
Kemudian disambut pula dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970 yang mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Hampir 90% penduduk luar bandar pada ketika itu adalah miskin dan melalui DEB, usaha-usaha pembasmian kemiskinan telah membuka peluang ekonomi dengan lebih luas di samping membekalkan perkhidmatan kesihatan dan perumahan kepada penduduk miskin tanpa mengira kaum. Bagi penyusunan semula masyarakat, keadaan ekonomi yang tidak seimbang diperbaiki bagi mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.