Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan bkk

Bantuan BKK maksimum RM1,000 direditkan setiap bulan: Berikut syarat-syarat & cara memohon

Posted on May 13, 2024 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai jenis bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat. Salah satunya adalah apabila Kerajaan setuju untuk meneruskan pelaksanaan BKK di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan BKK Maksimum RM1,000 setiap sebulan

Bantuan Kanak-Kanak atau BKK adalah sebuah bantuan bulanan di bawah JKM. Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga untuk terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Kadar BKK yang ditetapkan adalah sebanyak minima RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:

  • RM200: 6 tahun dan ke bawah
  • RM150: 7 tahun hingga 18 tahun
  • RM1,000: Maksimum untuk keluarga

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah;
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

Cara Memohon

Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan BKK ini boleh dibuat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen – doumen sokongan berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Diingatkan bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat lebih lengkap dan borang permohonan bantuan ini boleh didapati di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, di bawah Belanjawan 2024 – pihak Kerajaan turut bersetuju untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150. Bantuan ini diberikan kepada setiap murid dari Tahun 1 (sekolah rendah) hingga Tingkatan 5 (sekolah menengah).

Bantuan secara ‘one-off’ ini juga diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa atau penjaga. Oleh itu, sekiranya sebuah keluarga memiliki 3 orang anak yang bersekolah, jumlah keseluruhan yang diterima adalah sebanyak RM450.

Pembayaran BAP telah pun mula diagihkan pada bulan Januari 2024 lalu. Untuk pelajar baru Tahun 1 pula, ia mula diagihkan pada 10 Mac 2024 lalu. Pembayaran itu dibuat melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau dikreditkan terus ke akaun murid.

Bagi tahun 2024, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana lebih RM788 juta berbanding RM450 juta tahun lalu bagi pelaksanaan bantuan BAP.

Belanjawan 2024 juga menyaksikan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi penyelenggaraan di semua jenis sekolah merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah tamil dan cina termasuk sekolah pendidikan khas dengan memberi tumpuan kepada keperluan pelajar autisme.

Kerajaan turut bersetuju untuk meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 berbanding RM1,500 sebelum ini. Peluasan syarat ini akan memberi peluang kepada tambahan 35 ribu lagi anak bangsa daripada keluarga kurang mampu untuk mendapat BKP.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Mar   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme