nafas

Jawatan kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS): Syarat-syarat & cara memohon

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong NAFAS

PENOLONG PENGURUS NAFAS ESTATES SDN BHD

  • Taraf Jawatan: Sepenuh Masa

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah merupakan Warganegara Malaysia;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan/kelulusan profesional yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
  • Pengalaman melebihi 3 tahun di dalam bidang yang berkaitan. Keutamaan dalam bidang perladangan sawit;
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
  • Bertanggungjawab, amanah, proaktif, berdedikasi dan komited serta memiliki kemahiran komunikasi yang baik.

Bidang Tugas

  • Membantu menentukan halatuju pentadbiran menerusi perancangan, kewangan dan pengurusan yang cekap dan berkesan selaras dengan kehendak peraturan dan garis panduan yang berkuatkuasa;
  • Menyediakan KPI bulanan dan tahunan serta pembangunan pengurusan risiko syarikat;
  • Membantu menguruskan hal-hal pengurusan kakitangan syarikat;
  • Memastikan aktiviti operasi ladang syarikat berjalan dengan lancar dan berkesan selaras dengan kehendak peraturan dan garis panduan yang berkuatkuasa;
  • Memastikan sasaran pendapatan, pengeluaran dan keuntungan syarikat tercapai;
  • Memastikan setiap proses mengikut SOP, MSPO, JKPP dan piawaian-piawaian yang berkaitan dengan betul;
  • Membantu dalam mengenalpasti, mengurus dan memantau urusan kewangan syarikat seperti perancangan belanjawan, aliran tunai, pelaburan dan lain-lain dengan cekap dan efisien;
  • Mematuhi dan melaksanakan lain-lain tugas tambahan dan harian apabila diarahkan oleh pihak Pengurusan dari masa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) seperti yang dinyatakan di hebahan rasmi. Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah ditubuhkan pada 31 Mac 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Tun Abdul Razak bin Hussein. Pada awal penubuhannya, NAFAS dikenali sebagai Persatuan Peladang Kebangsaan, telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 dan bertindak sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang diseluruh negara.

Penubuhan Persatuan Peladang pada ketika itu telah diilhamkan oleh Tun Abdul Razak sendiri hasil daripada lawatan beliau ke Taiwan. Seiring dengan peredaran masa dan bagi membolehkan pergerakan peladang bergerak maju, persatuan-persatuan peladang dan syarikat-syarikat kerjasama asas tani diseluruh Malaysia telah dicantumkan dan menjadi Pertubuhan Peladang Kawasan dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973.

Kemudian, seiring dengan perubahan diperingkat kawasan dan negeri, Persatuan Peladang Kebangsaan juga telah didaftarkan semula sebagai ‘Pertubuhan Peladang Kebangsaan’ pada tahun 1984. Sehingga tahun 2019, NAFAS telah dianggotai oleh 14 buah Pertubuhan Peladang Negeri, yang dianggotai oleh 279 Pertubuhan Peladang Kawasan, yang dianggotai oleh 921,931 ahli peladang diseluruh negara melengkapkan struktur tiga peringkat pertubuhan peladang.

Sesuai dengan peranan NAFAS sebagai induk Pertubuhan Peladang, NAFAS juga telah menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan khususnya dalam bidang pertanian. Pada awal penubuhannya, NAFAS telah menjalankan perniagaan peruncitan, pemasaran baja dan pemasaran jentera pertanian.

Selain memberikan fokus kepada perniagaan, NAFAS selaku apex pergerakan peladang juga tidak pernah alpa memberikan bantuan dan memenuhi tuntutan sosial ahli-ahli peladang. Melalui Tabung Kumpulan Wang NAFAS, NAFAS telah menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan memberikan bantuan kepada Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Negeri, Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Kawasan dan juga ahli-ahli peladang di seluruh negara.

Related Posts