uthm

Pelbagai jawatan kosong di UTHM dengan gaji RM2,322 – RM13,235: Syarat-syarat & cara memohon

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong UTHM

  1. PENSYARAH UNIVERSITI
    1. Taraf Jawatan: Kontrak
    2. Jadual Gaji:
      1. GRED DS45: RM3,070 – RM11,095
      2. GRED DS51: RM5,855 – RM12,445
      3. GRED DS53: RM6,162 – RM13,235
  2. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (JURUTERA PENGAJAR)
    1. Taraf Jawatan: Tetap
    2. Jadual Gaji:
      1. GREDDV41: RM2, 322 – RM9,643
      2. GRED DV43: RM3, 608 – RM10, 557
      3. GREDDV47: RM5, 208 – RM11, 766

Syarat-syarat Kelayakan

PENSYARAH UNIVERSITI

  • GRED DS45:
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Bidang/Kelayakan Khusus: ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • GRED DS51
    • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Bidang/Kelayakan Khusus: Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
      diiktiraf setaraf dengannya;
    • Memenuhi syarat lantikan ke Gred DS45; dan
    • Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
    • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan
  • GRED DS53
    • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • Memenuhi syarat lantikan ke Gred DS45;
    • Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
    • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan

 

PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (JURUTERA PENGAJAR)

  • GRED DV41
    • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang teknologi kejuruteraan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah, ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • GRED DV43 & DV47
    • Memenuhi syarat lantikan ke Gred DV41; dan mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidangbidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan. Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat e-mel: norsaleha@uthm.edu.my.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 16 MEI 2024, Khamis, sebelum 3 petang.

Tempoh sah laki permohonan adalah selama enam bulan dari tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan.

Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat DI SINI.

UTHM ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang terletak di negeri Johor, Malaysia. Penubuhan UTHM adalah mengkhusus dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional (TVET), kejuruteraan teknologi, kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan awam dan alam bina, kejuruteraan mekanikal dan pembuatan, pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan, sains komputer dan teknologi maklumat, serta sains gunaan.

Universiti ini juga merupakan salah satu daripada 4 Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang menfokus kepada bidang “sustainable technology and transportation”

Related Posts