bantuan rm600

Bantuan RM600 & RM1,200 diberikan secara berperingkat: Senarai mereka yang dikreditkan ke MyKad

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada tahun lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –

Bantuan RM600 & RM1,200

Bagi tahun 2024, kadar bantuan SARA ditetapkan pada RM1,200 dan RM600. Sebelum itu, dimaklumkan dulu yang SARA pada asasnya merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang lebih memerlukan.

Syarat-syarat kelayakan SARA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Pembayaran Bantuan

Kadar SARA sebanyak RM1,200 diberikan kepada penerima dalam ketegori isi rumah dan warga emas tiada pasangan. Manakala, RM600 pula diberikan kepada penerima bujang.

Kaedah pembayaran bantuan ini bagaimanapun terbahagi kepada dua iaitu:

Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (selain Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Related Posts