Bantuan Tunai

Senarai penerima Bantuan Tunai RM150 yang dibayar 10 Mac 2024 ini: Diberikan tanpa perlu memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai jenis bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Salah satunya adalah apabila Kerajaan setuju untuk meneruskan pemberian bantuan tunai BAP sebanyak RM150.

Bantuan BAP RM150

BAP atau Bantuan Awal Persekolahan adalah sebuah bantuan tunai yang diberikan bagi tujuan untuk meringankan beban ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

Kadar BAP yang ditetapkan adalah sebanyak RM150 dan diberikan secara ‘one-off’ kepada murid sekolah rendah dan menengah dari Darjah 1 hingga Tingakatan 5.

Pemberian bantuan ini juga dibuat kepada semua murid, tanpa mengira pendapatan ibu bapa atau penjaga. Oleh itu, sekiranya sebuah keluarga itu memiliki tiga orang anak yang bersekolah, maka jumlah keseluruhan yang diterima adalah sebanyak RM450.

Bagi tahun 2024 ini, pihak Kerajaan memperuntukkan dana lebih RM788 juta berbanding RM450 juta tahun lalu bagi pelaksanaan bantuan BAP ini.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran BAP telah mula dilaksanakan pada bulan Januari 2024. Manakala, pembayaran bagi pelajar baru Tahun 1 akan mula dibuat pada bulan 10 Mac 2024.

Cara pembayaran akan dibuat melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau dikreditkan terus ke akaun murid.

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” kata kementerian.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan BAP, sila lihat di Portal Rasmi Belanjawan 2024 – DI SINI.

Related Posts