bantuan tunai rm2500

Bantuan Tunai RM2,500 dibayar bulan lepas (Februari) & bulan ini (Mac 2024): Semak senarai penerima

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 mengikut negeri. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Tunai RM2,500

Bantuan tunai yang dimaksudkan adalah Bantuan Khas Kewangan yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Belanjawan 2024 negeri berkenaan.

Bagi tahun 2024 ini, Kerajaan Negeri Sembilan akan memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.

Bantuan tunai itu akan diberikan kepada semua penjawat awam itu dan ia adalah sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada mereka yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Diharapkan ia dapat menyuntik semangat kepada semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, pembayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada hujung Februari dan hujung Mac 2024.

Berkenaan dengan cara pembayaran pula, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun setiap penerima berkelayakan. Ia juga tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan diberikan secara automatik kepada penerima.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Di bawah Belanjawan sama, pihak Kerajaan Negeri turut meneruskan Bantuan Anak Sekolah (BAS) kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dengan peruntukan sebanyak RM900,000.

Kerajaan juga akan memberikan sumbangan RM500 kepada golongan belia di negeri itu yang ingin melangsungkan perkahwinan kali pertama.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, sila rujuk juga di Portal Rasminya – DI SINI.

Related Posts