Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Persediaan Ramadhan

Bantuan Persediaan Ramadhan RM400 untuk asnaf mula diagihkan: Ini maklumat lanjut

Posted on March 7, 2024 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Dalam masa sama, terdapat juga bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Institusi Zakat Negeri kepada golongan memerlukan. Salah satunya adalah Bantuan Persediaan Ramadhan.

Bantuan Persediaan Ramadhan

Menjelang Ramadhan tahun 2024 ini, pihak Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mula mengagihkan Bantuan Persediaan Ramadhan.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM400 bagi setiap ketua isi rumah golongan asnaf fakir, manakala isi rumah golongan itu akan menerima tambahan RM100 setiap seorang.

Penerima kategori asnaf miskin pula akan menerima RM250 bagi setiap ketua isi rumah dan isi rumah kategori itu akan menerima tambahan RM100 setiap seorang.

Pihak Kerajaan negeri menerusi Zakat Melaka memperuntukkan RM6.5 juta untuk diagih kepada lebih 10,000 golongan asnaf di negeri berkenaan.

Bantuan Khas Kewangan

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri Melaka juga memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM2,000 di bawah Belanjawan 2024 Negeri.

Bantuan khas itu diberikan kepada seramai 4,400 kakitangan awam termasuk berstatus kontrak dengan implikasi kewangan sebanyak RM10 juta.

“Selama saya mentadbir urus Melaka dalam tempoh lapan bulan ini mereka memberi kerjasama yang baik dan mereka menghasilkan kerja yang baik.

“Jadi bagi menghargai jasa penjawat awam ini saya telah berunding dengan pegawai kewangan negeri dan juga setiausaha kerajaan negeri maka kita umumkan minimum bonus yang akan kita berikan adalah RM2,000 dan setengah bulan gaji,” kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Pembayarannya akan dibuat kepada yang layak bermula bulan Februari dan Mac 2024.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Feb   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme