sumbangan tunai

Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa seterusnya: Tarikh kredit & penerima

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Oktober tahun lalu.

Antara bantuan yang diteruskan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR pada asasnya merupakan bantuan kewangan di bawah Kementerian Kewangan dan diberikan kepada golongan B40 serta M40 berkelayakan.

Ia diberikan dengan kadar tertentu berdasarkan gaji bulanan dan tanggungan setiap penerima dari kalangan isi rumah, warga emas dan bujang.

Bagi pembayaran STR Fasa 1, ia telah pun selesai dikreditkan pada bulan Februari lalu dengan kadar berikut:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM1,000
  • Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
  • Bilangan anak 5 & ke atas:RM2,500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM1500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM750
  • Bilangan anak 3 – 4: RM1,000
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,250

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM350

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM600

STR Fasa 2

Berkenaan dengan fasa STR seterusnya atau STR Fasa 2, jumlah rasmi pembayaran masih belum dimaklumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tetapi, tarikh pembayarannya akan dibuat pada bulan April 2024 nanti dan membabitkan beberapa kategori penerima.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut menambahbaik bantuan tambahan STR yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Jumlah SARA telah dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun lalu.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Related Posts